Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib tolak tawaran hartanah RM100 juta

Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengumumkan keputusannya untuk menolak tawaran peruntukan tanah bernilai RM100 juta (S$32 juta) oleh kerajaan kepadanya seperti dilaporkan sebelum ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Najib tolak tawaran hartanah RM100 juta

Gambar: BERNAMA

Diterbitkan : 19 Nov 2021 06:47PM Dikemas Kini : 19 Nov 2021 06:51PM

MELAKA: Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengumumkan keputusannya untuk menolak tawaran peruntukan tanah bernilai RM100 juta (S$32 juta) oleh kerajaan kepadanya seperti dilaporkan sebelum ini.

Menurut mantan Perdana Menteri keenam itu, tindakan tersebut diambil selepas isu peruntukan berkenaan dijadikan modal politik oleh pembangkang dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, lapor Astro Awani.

"Jika rakyat tidak selesa… saya sudah memohon kediaman seperti dibenarkan Akta Kerajaan, saya boleh tarik permohonan pada tahun 2018 itu.

"Permohonan ini berdasarkan Akta Saraan Bekas Perdana Menteri 1980 yang mana akta tersebut telah diubah suai dan diperbaiki pada tahun 2013," kata Ahli Parlimen Pekan itu pada Jumaat (18 Nov).

Kata Encik Najib lagi, meskipun peruntukan itu belum diluluskan, namun, tegasnya, tindakan menolak itu dibuat kerana menyedari keadaan yang dihadapi rakyat selepas pandemik COVID-19.

"Oleh itu saya membuat keputusan utuk menolak tawaran tersebut, walaupun secara prinsipnya ia berdasarkan kelayakan semua bekas Perdana Menteri.

"Saya menyedari dan memahami ketika rakyat berdepan saat sukar ini, keutamaan negara adalah kepada rakyat," jelasnya lagi.

Pada masa yang sama, Astro Awani melaporkan Encik Najib turut mencadangkan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob agar meneliti semula peruntukan tersebut.

"Memandangkan isu ini telah cetuskan suasana tidak selesa, saya cadangkan kepada Perdana Menteri untuk melihat semula peruntukan kelayakan ini.

"Sekira perlu menarik semula peruntukan ini, semua bekas Perdana Menteri termasuk selepas saya. Bagi bekas Perdana Menteri yang telah terima tidak perlu kerajaan tarik balik peruntukan berkenaan," katanya lagi.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan