Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib tidak hadir pertabalan Agong kerana tempat duduk ditukar

Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini (31 Jul) menjelaskan ketidakhadirannya di upacara pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam (30 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Najib tidak hadir pertabalan Agong kerana tempat duduk ditukar

Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak bercakap kepada Reuters dalam wawancara pada 19 Jun 2018. (Gambar fail: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 31 Jul 2019 01:17PM Dikemas Kini : 31 Jul 2019 01:22PM

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini (31 Jul) menjelaskan ketidakhadirannya di upacara pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam (30 Jul).

Menurut Encik Najib, ketidakhadirannya bukanlah kerana kekeliruan tempat duduk seperti yang dikatakan, tetapi kerana tempat duduknya ditukar pada saat-saat akhir, lapor Malaysiakini.

“Bukan kekeliruan, tetapi menerima panggilan pada pukul 6:30 pagi yang sama bahawa tempat duduk ditukar.

“Sepatutnya duduk di tempat ke-10 sebagai bekas perdana menteri mengikut protokol istiadat tetapi ditukar pada saat terakhir ke tempat duduk Orang Besar Pahang,” katanya di Facebooknya.

Tambah Encik Najib lagi, hal itu menyebabkan beliau tidak dapat hadir ke istiadat tersebut kerana tidak sempat mengambil pakaian istiadat untuk Orang Besar Pahang yang menurutnya, berada di Pekan.

“Pakaian istiadat untuk Orang Besar Pahang dan pakaian bekas perdana menteri tak sama. Setiap jawatan ada protokolnya.

“Masa itu dah tak sempat nak ambil pakaian dari Pekan,” katanya lagi.

Encik Najib adalah Dato Shahbandar Pahang yang bererti beliau juga tergolong sebagai Orang Besar Pahang.

Malaysiakini melaporkan bahawa Encik Najib dan isterinya, Cik Rosmah Mansor sepatutnya duduk sebaris dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, isterinya, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, presiden PKR Encik Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Istiadat pertabalan yang berlangsung semalam adalah bagi menabalkan secara rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Sementara itu, dakwaan serupa turut dinyatakan oleh pegawai Encik Najib semalam, namun hal itu disanggah oleh pegawai Pejabat Perdana Menteri yang menyatakan PMO tidak terlibat dalam susunan tempat duduk di majlis itu.

“Semua bahagian istiadat dan protokol,” katanya seperti dipetik FMT.
Namun, bekas pegawai Encik Najib, Isham Jalil, hari ini menegaskan memang wujud campur tangan daripada PMO berhubung susunan tempat duduk Encik Najib, lapor Malaysiakini.

“Saya juga mendapat maklum bahawa sekiranya tempat duduk Encik Najib tidak diubah, Dr Mahathir mengugut tidak mahu hadir ke majlis pertabalan tersebut.

“Dr Mahathir tidak mahu Encik Najib datang ke majlis Pertabalan Agong sebab dia iri hati bahawa Najib lebih popular daripadanya.

“Kerana (Najib) menghormati protokol yang telah diubah pada saat-saat akhir oleh sebab campur tangan PMO, beliau telah tidak dapat hadir ke majlis Pertabalan tersebut,” dakwanya seperti dipetik Utusan Malaysia.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan