Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib tiba di Mahkamah Tinggi hadiri perbicaraan 1MDB 2 hari selepas dipenjara

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak hari ini (25 Ogos) hadir di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur untuk perbicaraan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion (S$715 juta) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya.

Najib, 69 tahun, tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) pada pukul 8.26 pagi dari Penjara Kajang dengan diiringi beberapa kenderaan polis.

Kelihatan petugas media dari pelbagai agensi mula berkumpul sejak pukul 7.30 pagi bagi merakam gambar dan video ketibaan Encik Najib serta membuat liputan kes tersebut.

Encik Najib dibicarakan di Mahkamah Tinggi atas empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion (S$715 juta) daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Pada 23 Ogos, Encik Najib dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta (S$65.3 juta), atau penjara lima tahun jika gagal bayar denda, ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International berjumlah RM42 juta (S$13 juta). 

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan akhir Encik Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Pada 8 Disember 2021, Encik Najib gagal mengetepikan keputusan itu selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan