Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib sudah pulih, dihantar semula ke Penjara Kajang

Anggaran Waktu Membaca:
Najib sudah pulih, dihantar semula ke Penjara Kajang

(Gambar: AFP/Mohd Rasfan)

Diterbitkan : 23 Sep 2022 07:14PM Dikemas Kini : 23 Sep 2022 07:14PM
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak dihantar semula ke Penjara Kajang pada Jumaat (23 Sep) selepas menjalani rawatan dan pemantauan kesihatan di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) di Kuala Lumpur.

HRC dalam menyatakan bahawa pakar perunding perubatan dari Hospital Kuala Lumpur dan HRC memberikan pelepasan perubatan dan membenarkan beliau dihantar semula ke penjara.

Menurut HRC, sejak dimasukkan ke hospital berkenaan Isnin lepas, Ahli Parlimen Pekan itu menjalani beberapa pemeriksaan dan rawatan rehabilitasi, lapor Bernama.

“Hasil pemeriksaan terkini yang dilakukan terhadap beliau oleh Pakar Perubatan Rehabilitasi HRC mendapati tahap kesihatan beliau kini berada dalam keadaan yang baik.

Beliau juga telah diberikan tunjuk ajar oleh Jurupulih Perubatan Fisioterapi HRC dan boleh menjalankan latihan teknik senaman sendiri,” menurut HRC.

Tambahnya, pakar perunding yang berkaitan juga mengadakan sidang keluarga bersama Najib dan ahli keluarga terdekat, dan mereka dimaklumkan situasi terkini keadaan kesihatan serta pelan pemantauan kesihatan bekas perdana menteri itu.

“Bersesuaian dengan matlamat HRC, kami akan terus komited dan telus dalam pemberian perkhidmatan bagi memastikan pesakit yang dirawat di sini dapat mencapai tahap potensi yang optimum dan membolehkan seseorang individu mencapai tahap kefungsian yang maksimum,” menurut kenyataan itu.

Najib dihantar ke Penjara Kajang, 23 Ogos lalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta (S$65 juta) terhadapnya kerana menyalahgunakan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta (S$13 juta).

Pada 12 September lalu, Jabatan Penjara mengumumkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan supaya Najib dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan setelah dimaklumkan beliau tidak begitu sihat.
Sumber : Bernama/HY/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa