Skip to main content

Dunia

Najib selesai beri keterangan di SPRM bagi kes seleweng projek solar

Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dilihat meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas memberi keterangan selama sekitar empat jam, dipercayai berkaitan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar untuk sekolah di Sarawak.

Anggaran Waktu Membaca:
Najib selesai beri keterangan di SPRM bagi kes seleweng projek solar

Najib Razak meninggalkan ibu pejabat SPRM selepas memberi keterangan. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 19 Nov 2018 04:34PM Dikemas Kini : 19 Nov 2018 04:39PM

PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dilihat meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas memberi keterangan selama sekitar empat jam, dipercayai berkaitan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar untuk sekolah di Sarawak.

Kenderaan dinaiki Encik Najib dilihat keluar melalui pintu depan ibu pejabat SPRM pada kira-kira 1.15 tengah hari, diiringi kereta polis. Kenderaannya dilihat memasuki kawasan premis berkenaan kira-kira 9.23 pagi tadi.

Encik Najib sudah hadir ke SPRM beberapa kali sebelum ini untuk membantu siasatan bagi beberapa kes. Kali terakhir beliau hadir di SPRM adalah pada 8 November lalu.

Pada Khamis lalu (15 Nov), isterinya, Cik Rosmah Mansor didakwa atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta (S$490,000) berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dua tahun lalu.

Turut didakwa adalah bekas pegawai khas kepada Encik Najib, Rizal Mansor atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Cik Rosmah berjumlah RM5.5 juta (S$1.8 juta) berhubung projek yang sama.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita