Najib Razak tarik balik rayuan mahkamah untuk hadiri parlimen
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: BERNAMA
MALAYSIA: Mantan perdana menteri Malaysia Najib Razak yang kini menjalani hukuman penjara, menarik balik rayuan mahkamahnya untuk menghadiri dan mengambil bahagian dalam persidangan parlimen.
Peguamnya, Alaistair Brandah Norman mengesahkan mengenai penarikan diri itu ketika dihubungi pada Jumaat (28 Jul), lapor Malaysiakini.
"Rayuan telah ditarik balik," kata peguam itu, sambil menambah bahawa tiada alasan diberikan berhubung keputusan tersebut.
Mantan ahli parlimen Pekan itu, pada mulanya merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 Oktober tahun lalu, yang menolak permohonannya untuk mendapatkan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman berhubung keengganan Jabatan Penjara untuk membenarkannya menghadiri persidangan Dewan Rakyat.
Encik Najib masih menjadi ahli parlimen ketika itu kerana terdapat permohonan semakan yang belum selesai di mahkamah tertinggi. Ini berhubung sabitan kesalahannya serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta (S$61 juta) ke atas kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta (S$12 juta), seperti dinukil laporan Malaysiakini.
Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan menolak semakannya pada Mac tahun ini.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.