Najib Razak pertikai janji kerajaan hapus tol
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak terus mempersoalkan bila masanya kerajaan negara itu mahu menghapuskan tol seperti yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. (Gambar fail: Reuters)
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak terus mempersoalkan bila masanya kerajaan negara itu mahu menghapuskan tol seperti yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Menurut laporan Astro Awani, Encik Najib juga berasa hairan dengan Anggota Parlimen Puchong dan Simpang Renggam yang sebelum ini didakwa lantang memperjuangkan isu berkenaan. Beliau berkata demikian menerusi satu catatan di laman Facebooknya baru-baru ini.
"Hari ini dah jadi kerajaan, baru cakap mustahil lebuh raya tanpa tol. Bukan main memekik 'Puchong' dan 'Simpang Renggam' sampai buat video dan poster berjuta-juta orang 'like' dan tonton. Hari ini, apa cerita? Inilah yang berlaku bila berjanji bukan ikhlas untuk rakyat tapi semata-mata tamakkan kuasa," kata Encik Najib, seperti yang dipetik oleh Astro Awani.
Encik Najib juga kecewa kerana beliau dan kerajaan sebelum ini dipersalahkan walaupun ada beberapa tol yang sudah dihapuskan.
Astro Awani menukil beliau sebagai berkata: "Dulu sebelum jadi kerajaan, janji hapus tol. Siap kata kerajaan cuma perlu berapa ringgit je untuk buat sedemikian. Putar belit setiap hari padahal dia yang beri konsesi berat sebelah. Tapi Kerajaan BN dan saya Najib Razak yang dipersalahkan, walhal hampir setiap tahun saya umum hapus tol di beberapa kawasan."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.