Najib Razak nafi dakwaan bekas pengawal peribadinya dalam wawancara Al Jazeera berhubung pembunuhan Altantuya
Anggaran Waktu Membaca:

Najib Razak. (Gambar fail: Bernama)
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Najib Razak menafikan semua dakwaan daripada bekas pengawal peribadinya Sirul Umar Azhar, dalam satu wawancara yang disiarkan dalam program Al Jazeera’s 101 East mengenai pembunuhan Altantuya Shaaribuu pada 2006.
Peguam bela & Peguam cara Shafee and Co berkata demikian dalam satu kenyataan bagi pihak Najib hari ini (25 Nov) sebagai respons kepada dakwaan Encik Sirul bahawa Najib meminta Kerajaan Malaysia melakukan libat urus dengan pihak berkuasa Australia dengan matlamat untuk memudah cara penyerahan balik Encik Sirul ke Malaysia bagi memastikan satu siasatan menyeluruh ke atas dakwaannya.
“Bagi menyokong usaha ini, anak guam kami mencadangkan kepada Kerajaan Malaysia kemungkinan menawarkan jaminan untuk tidak mengenakan hukuman mati bagi memudah cara objektif keadilan dan kebenaran secara meluas.
"Anak guam kami (Najib) mempertahankan kesemua hak perundangan dalam perkara ini terhadap Sirul, Al Jazeera dan wartawannya Mary Ann Jolley, beliau kekal teguh menafikan sebarang penglibatan dalam kematian tragis Altantuya Shaaribuu menerusi jenayah yang amat kejam itu,” katanya.
"Kami mahu menegaskan bahawa anak guam kami (Najib) telah dilepaskan secara muktamad daripada sebarang penglibatan dalam kes ini dan ini disahkan oleh pihak berkuasa berkaitan, termasuk siasatan semula pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 dan disahkan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan menerusi rayuan substantif di Mahkamah Persekutuan yang mendengarnya secara komprehensif berdasarkan merit," menurut firma guaman itu.
Shafee and Co juga menekankan bahawa kedua-dua Sirul dan Azilah Hadri tidak pernah menjadi pengawal peribadi khusus untuk Najib dan datang daripada satu kumpulan pengawal peribadi yang digilir-gilirkan antara pemimpin teratas dalam kabinet semasa itu.

Sumber : Bernama/IM/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.