Skip to main content

Dunia

Najib Razak letak jawatan sebagai pengerusi Khazanah Nasional

Khazanah Nasional hari ini (31 Mei)mengumumkan mantan Perdana Menteri, Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat pelaburan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Najib Razak letak jawatan sebagai pengerusi Khazanah Nasional

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. (Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 31 May 2018 10:06PM Dikemas Kini : 31 May 2018 10:07PM

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional hari ini (31 Mei)mengumumkan mantan Perdana Menteri, Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat pelaburan tersebut.

Peletakan jawatan Encik Najib berkuat kuasa 31 Mei 2018, lapor laman Astro Awani.

Susulan itu, bekas Menteri Kewangan II, Johari Abdul Ghani juga meletakkan jawatan sebagai Lembaga Pengarah Khazanah Nasional, berkuat kuasa 30 Mei 2018.

Awal minggu lalu, Encik Mohd Irwan Serigar Abdullah meletakkan jawatan sebagai Lembaga Pengarah Khazanah Nasional pada 23 Mei 2018, menurut Astro Awani.

Antara Lembaga Pengarah yang masih kekal di Khazanah termasuk Encik Nazir Razak dan Encik Md Nor Md Yusof.

Pengarah Urusan Khazanah, Encik Azman Mokhtar juga masih kekal di Lembaga Pengarah syarikat itu, lapor laman itu lagi.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita