Najib Razak kekal pengakuan tidak bersalah
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak siang tadi (13 Mac) mengekalkan pengakuan tidak bersalah atas tiga pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta (S$9 juta), lima tahun lalu.
Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. (Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak siang tadi (13 Mac) mengekalkan pengakuan tidak bersalah atas tiga pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta (S$9 juta), lima tahun lalu.
Encik Najib, 66 tahun sebaliknya minta dibicarakan.
Hari ini adalah sebutan kali pertama kes itu di mahkamah tinggi Kuala Lumpur, selepas kes itu dipindahkan dari mahkamah sesyen.
Encik Najib menghadapi hukuman denda maksimum RM5 juta (S$1.7 juta) atau penjara lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 17 April untuk sebutan semula kes Najib itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.