Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib Razak kehabisan 'saluran' rayuan, tidak kebal undang-undang

Anggaran Waktu Membaca:
Najib Razak kehabisan 'saluran'  rayuan, tidak kebal undang-undang

Gambar fail mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. (Gambar fail: AFP/Mohd Rasfan)

PUTRAJAYA: Timbalan Pendakwa Raya Malaysia, V Sithambaram menyifatkan Najib Razak sudah kehabisan 'saluran' rayuan dalam kes rasuah SRC International di semua peringkat mahkamah.

Beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan untuk mengekalkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta (S$63 juta) memberi mesej tegas kepada semua pihak termasuk ahli politik bahawa tiada sesiapa pun yang mempunyai kekebalan atau boleh melebihi undang-undang.

"Kes SRC International ini memberi mesej kepada semua ahli politik atau mana-mana individu lain bahawa tiada sesiapa pun yang boleh melebihi undang-undang."

"Keputusan pendakwaan ini harus menghantar mesej yang tegas kepada semua bakal pesalah bahawa undang-undang akan mengejar anda dan menghukum mereka yang bersalah," katanya pada sidang media di Istana Kehakiman di Putrajaya, pada Jumaat (31 Mac), lapor Astro Awani.

Mahkamah Persekutuan pada Jumaat menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan yang mengekalkan sabitan serta hukuman kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd yang dikenakan terhadapnya.

Dengan keputusan bagi usaha terakhir mantan Perdana Menteri Malaysia itu, ia bermakna beliau akan menjalani baki tempoh penjara 12 tahun yang dijatuhkan ke atasnya, melainkan mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu memohon diberi kebenaran menyemak keputusan rayuan akhirnya oleh panel yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tengku Tuan Maimun Tuan Mat pada pada 23 Ogos tahun lalu, menurut laporan Astro Awani.

Jika dibenarkan, Najib akan memohon perintah supaya dibebaskan atau secara alternatif, rayuan akhirnya didengar panel lain.

Dalam keputusan majoriti 4-1 pada pagi Jumaat, panel hakim membuat keputusan berkenaan selepas mendapati permohonan kebenaran semakan itu adalah lebih menjurus kepada permohonan untuk menyemak merit keputusan panel dalam rayuan akhirnya pada 23 Ogos tahun lalu.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan