Najib Razak hadir lagi ke SPRM
Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (19 Nov), dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.
Gambar fail mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)
PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (19 Nov), dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.
Kenderaan yang dinaiki Encik Najib kelihatan memasuki pintu hadapan ibu pejabat SPRM pada kira-kira 9.23 pagi, diiringi kereta polis di belakang.
Encik Najib hadir di SPRM beberapa kali sebelum ini untuk membantu siasatan beberapa kes, dengan kali terakhir pada 8 November lalu.
Pada Khamis (15 Nov), isteri Encik Najib, Rosmah Mansor, didakwa atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta (S$492,000) berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dua tahun lalu.
Turut didakwa adalah bekas pegawai khas kepada mantan Perdana Menteri, Rizal Mansor, atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Cik Rosmah, berjumlah RM5.5 juta (S$1.8 juta) berhubung projek yang sama.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.