Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib Razak fail petisyen kepada PBB; mohon bebas atau dibicara semula kes SRC

Anggaran Waktu Membaca:
Najib Razak fail petisyen kepada PBB; mohon bebas atau dibicara semula kes SRC

Peguam mewakili bekas Perdana Menteri itu, Muhammad Shafee Abdullah (tengah) berucap di sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook Najib Razak pada Khamis (5 Jan). (Gambar: Najib Razak/Facebook)

KUALA LUMPUR: Najib Razak memfailkan petisyen kepada Kumpulan Kerja Penahanan Arbitari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWGAD) bagi meminta dibebaskan atau dibicarakan semula.

Peguam mewakili bekas Perdana Menteri itu, Muhammad Shafee Abdullah berkata, anak guamnya memohon panel UNWGAD membabitkan lima pakar keadilan antarabangsa.

Petisyen tersebut dimohon antaranya berikutan Mahkamah Persekutuan, kata Encik Muhammad Shafee, didakwa gagal memberi masa yang mencukupi dan peluang yang munasabah kepada pasukan pembelaan Encik Najib untuk berhujah mengenai kes anak guamnya itu.

"Pada dasarnya, Najib dihantar ke penjara tanpa diberi peluang membela diri di Mahkamah Persekutuan."

"Beberapa hari terakhir untuk rayuan pada Ogos lalu membawa kepada 'keadilan tergesa-gesa' apabila peguam baru dilantik tidak diberikan masa yang jelas untuk membaca berpuluh ribu muka dokumen rayuan atau untuk melihat 94 alasan rayuan difailkan peguam sebelum ini," katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook Najib Razak pada Khamis (5 Jan).

Menurut laporan Astro Awani, Encik Muhammad Shafee menambah, UNWGAD akan meneliti rayuan sama ada perbicaraan melibatkan Encik Najib dijalankan secara adil atau sebaliknya.

Jelas beliau, sekiranya ia didapati tidak adil, anak guamnya boleh memohon kepada kerajaan untuk membebaskan beliau atau memberi perbicaraan semula.

"Walaupun keputusan ini tidak menjejaskan secara langsung, ia amat memberi impak kerana Malaysia mempunyai ahli perundangan yang terkenal dan kini menjadi ahli kumpulan kerja terbabit," ujar Encik Muhammad Shafee, lapor Astro Awani.

Dalam pada itu, Encik Muhammad Shafee menjangkakan menerima maklum balas daripada UNWGAD dalam masa beberapa bulan akan datang.

Ujarnya, semua dokumen berkaitan telah dihantar kepada UNWGAD.

Jika ia diproses, petisyen tersebut kemudian akan dihantar kepada Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar, jelas Encik Muhammad Shafee.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta (S$63 juta) yang dikenakan ke atas Encik Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta (S$12 juta) milik SRC International Sdn Bhd.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan