Skip to main content

Dunia

Najib Razak dibenar pulang ke Penjara Kajang selepas pulih dari COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Najib Razak yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas disahkan dijangkiti COVID-19 telah dibenarkan pulang ke Penjara Kajang pada Ahad (6 Nov).

Menurut Pegawai Khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi, ujian saringan COVID-19 kali kedua yang dijalankan ke atas mantan Ahli Parlimen Pekan pada Jumaat lalu menunjukkan keputusan negatif.
 
"Walau bagaimanapun pihak HKL masih membuat pemantauan ke atas tahap kesihatan Najib Razak sehingga 5 November.

"Setelah doktor membuat pemeriksaan terakhir pada tarikh tersebut, beliau dibenarkan pulang ke Penjara Kajang," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad malam, dipetik Astro Awani.

Pada masa yang sama, Encik Muhamad Mukhlis menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak penjara, khususnya Penjara Kajang dan pegawai perubatan Penjara Kajang yang prihatin terhadap kesihatan dan kebajikan mantan Presiden UMNO itu.

"Sekalung penghargaan juga buat pihak HKL yang telah memberikan rawatan yang sebaik mungkin," tambahnya, lapor Astro Awani.

Sebelum ini media melaporkan, Encik Muhamad Mukhlis memaklumkan Encik Najib dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19, dan berada dalam keadaan stabil.

Menurut laporan Astro Awani, beliau berkata Encik Najib dikejarkan ke hospital dari penjara selepas mengadu demam.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen, turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Encik Najib.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita