Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib Razak akui hubungi Anwar Ibrahim pada malam PRU14

Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengaku bahawa beliau ada menghubungi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim pada malam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Najib Razak akui hubungi Anwar Ibrahim pada malam PRU14

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 22 Nov 2018 08:55PM Dikemas Kini : 22 Nov 2018 08:57PM

SHAH ALAM: Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengaku bahawa beliau ada menghubungi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim pada malam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

Encik Najib berkata beliau memang sering berhubung dengan Encik Anwar untuk bertanya khabar sepanjang Encik Anwar ditahan di penjara Sungai Buloh.

"Hubungi Anwar (malam 9 Mei) memang ada tanya khabar secara peribadi," katanya semasa wawancara bersama Penasihat Editorial Karangkraf Abd Jalil Ali, yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Sinar Harian pagi tadi (22 Nov).

Encik Najib berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Encik Abd Jalil sama ada benar bahawa beliau menghubungi Encik Anwar pada malam 9 Mei lalu.

Dalam pada itu, Encik Najib berkata beliau tidak mempunyai rancangan untuk 'membeli' wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) sejurus kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam PRU14 lalu.

Malah, beliau berkata beberapa pemimpin utama BN termasuk mantan Timbalan Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang kini menggalas tanggungjawab presiden parti, datang ke rumahnya pada malam keputusan itu, namun langsung tidak menyentuh usaha menarik anggota Parlimen PH.

"Kami tak bincang nak curi atau nak beli mana-mana wakil rakyat PH untuk mereka menyeberang sebelah kita (BN)," katanya.

UMNO PERLU JADI PEMBANGKANG MEMBINA, BERKESAN

Encik Najib juga berkata UMNO perlu lebih berani menjadi pembangkang konstruktif dan membina di Parlimen dengan terus memperjuangkan kepentingan rakyat, khususnya golongan anak muda.

Beliau berkata pemimpin parti tunjang BN itu perlu sentiasa berlapang dada menerima kritikan dari pihak lawan dalam masa ketika BN tidak lagi memerintah negara itu.

"UMNO perlu terus jadi lidah dan suara rakyat dan terus menjadi pembangkang konstruktif dan efektif," katanya.               

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan