Skip to main content

Dunia

Najib pertahan bonus S$1.6 juta pada Arul Kanda

Mantan Perdana Menteri Najib Razak hari ini (1 Ogos) mempertahankan bonus RM5 juta (S$1.6 juta) (ex-gratia) yang diberikan kepada ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Anggaran Waktu Membaca:
Najib pertahan bonus S$1.6 juta pada Arul Kanda

Mantan perdana menteri Najib Razak. (Gambar: AFP/Mohd RASFAN)

Diterbitkan : 01 Aug 2018 03:42PM Dikemas Kini : 01 Aug 2018 03:46PM

MALAYSIA: Mantan Perdana Menteri Najib Razak hari ini (1 Ogos) mempertahankan bonus RM5 juta (S$1.6 juta) (ex-gratia) yang diberikan kepada ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Menurut laporan Malaysiakini, langkah itu dibuat selepas Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam mendedahkan Encik Najib mempersetujui bayaran itu ketika menjadi perdana menteri.

Ditanya di luar parlimen hari ini, Encik Najib berkata Encik Arul dibayar lebih tinggi sebelum beliau menyertai syarikat pelaburan negara itu.

“Dia dapat lebih banyak ketika bekerja dengan bank di Amiriah Arab Bersatu (UAE). Dia rela terima gaji yang jauh lebih rendah bila sertai 1MDB.

“Jadi kamu mesti lihat dalam konteks sama ada apa yang dibayar padanya lebih kecil daripada apa yang dia dapat sebelum masuk 1MDB,” katanya.

Encik Najib berkata Encik Arul sudah menyelesaikan kerjanya menguruskan hutang syarikat itu, menurut laporan Malaysiakini.

Menurut Encik Lim, Encik Arul dibayar RM2.5 juta (S$842,000) pada Januari dan RM2.5 juta (S$842,000) lagi pada Jun.

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat percaya sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion (S$6.1 bilion) wang 1MDB disalah guna.

Menurut Malaysiakini, ia didakwa dipindahkan melalui sistem kewangan Amerika Syarikat dan memberi manfaat kepada pegawai-pegawai 1MDB serta anggota keluarga dan kenalan mereka.

Encik Najib menafikan dakwaan salah laku atau menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.

Sumber : Agensi berita/KN/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita