Najib persoal kuda Mahathir dan kes Guan Eng
Mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) 'berat sebelah' mengenai tindakan terhadap rasuah.
Gambar: BERNAMA
KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) 'berat sebelah' mengenai tindakan terhadap rasuah.
Beliau dipetik Malay Mail sebagai berkata bahawa kedaulatan undang-undang mesti dikenakan terhadap semua, termasuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
"Apa pun, ia perlu adil. Kedaulatan undang-undang perlu diterapkan dengan cara yang sangat adil, dan ia harus dilihat dikenakan untuk semua orang. Semua orang mesti mematuhi undang-undang.
"Maksud saya, jika anda (Mahathir) telah menerima 30 ekor kuda daripada kawan-kawan anda, itu juga harus diambil kira, kerana beliau telah mengaku secara terbuka. Kuda itu diberikan oleh kawan-kawannya.
"Beliau telah menerima hadiah daripada rakan-rakannya dan telah mengakuinya secara terbuka," kata Datuk Seri Najib di rumahnya.
Dalam wawancara CNN sebelum ini, Dr Mahathir berkata bahawa dua tahun lalu, beliau menerima hadiah kira-kira 40 ekor kuda.
SIASATAN PATUHI UNDANG-UNDANG
Datuk Seri Najib kini di bawah siasatan skandal 1MDB. Rumah dan pelbagai premis yang dikaitkan dengannya diserbu pasukan polis.
Dr Mahathir, yang menumbangkan pentadbiran Datuk Seri Najib pada pilihan raya umum 9 Mei, menegaskan siasatan akan mematuhi undang-undang.
Sementara itu, Datuk Seri Najib juga mempersoalkan pelaantikan Encik Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan di tengah-tengah perbicaraan kes rasuah.
"Baiklah, prinsipnya adalah kedaulatan undang-undang. Beliau tidak bersalah sehinggalah terbukti (di mahkamah), jadi beliau tidak bersalah kerana beliau dituduh.
"Walaupun beliau tidak bersalah, tetapi kebanyakan orang tidak fikir jika sesuai untuk seorang lelaki yang sedang dibicarakan (mahkamah) untuk dilantik sebagai menteri kewangan, sehinggalah beliau membersihkan namanya.
"Saya tidak mengatakan dia bersalah, tetapi bersihkan nama anda terlebih dahulu," kata Datuk Seri Najib, menurut Malay Mail.
Menteri Kewangan yang baru kini sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah mengenai diskaun pembelian banglo di Jalan Pinhorn di George Town daripada ahli perniagaan Phang Li Koon.
Encik Guan Eng menafikan dakwaan itu, berkata ia bermotifkan politik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.