Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib mungkin dipindahkan ke Institut Jantung Negara, bicara kes 1MDB dilapangkan

Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijadualkan bersambung hari ini, telah dilapangkan kerana beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah mengalami masalah tekanan darah.

Anggaran Waktu Membaca:
 Najib mungkin dipindahkan ke Institut Jantung Negara, bicara kes 1MDB dilapangkan

Bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 13 Sep 2022 01:03PM Dikemas Kini : 13 Sep 2022 03:24PM
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijadualkan bersambung hari ini, telah dilapangkan kerana beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah mengalami masalah tekanan darah.

Peguamnya Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan Hakim Collin Lawrence Sequerah bahawa anak guam beliau itu tidak akan dapat hadir ke mahkamah pada Selasa dan mungkin juga Rabu.

“Datuk Seri Najib telah jatuh sakit dan beliau kini dimasukkan ke wad di HKL sejak semalam. Saya diberitahu setakat pagi ini pada 7.30 pagi dan 9.30 pagi, ujian tertentu akan dilakukan ke atas beliau yang mungkin mengambil masa beberapa hari lagi. Yang pasti, hari ini cuti Yang Arif, saya rasa esok juga mungkin beliau tidak dapat hadir.

“Beliau mengalami masalah kesihatan, kerana tekanan darahnya didapati turun naik. Puncanya tidak dapat dikesan jadi mereka sedang melakukan yang terbaik,” katanya.

Menurut peguam itu, Najib akan dipindahkan dari HKL ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.
 
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan