Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib mohon maaf persenda golongan kerja malam, guna lebuh raya sebelah malam

Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai mempersendakan golongan masyarakat yang bekerja pada waktu malam, serta mereka yang menggunakan tol lebuh raya selepas pukul 11.00 malam.

Anggaran Waktu Membaca:
Najib mohon maaf persenda golongan kerja malam, guna lebuh raya sebelah malam

Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak bercakap kepada Reuters dalam wawancara pada 19 Jun 2018. (Gambar fail: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 27 Feb 2019 08:12AM Dikemas Kini : 27 Feb 2019 08:15AM

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai mempersendakan golongan masyarakat yang bekerja pada waktu malam, serta mereka yang menggunakan tol lebuh raya selepas pukul 11.00 malam.

Encik Najib sebaliknya berkata beliau tidak berniat untuk berbuat demikian, lapor Astro Awani.

"Jika anda tonton klip video dari sesi sembang santai saya malam semalam, saya hanya mengulangi apa yang diteriak oleh penonton yang berada di ceramah itu sebagai jawapan kepada soalan saya."

"Saya akui, saya telah terikut-ikut dengan jawapan dan respons diberikan penonton semalam. Saya dengan rendah hati mohon maaf jika ada yang berasa tersinggung," katanya, seperti yang dipetik oleh Astro Awani.

Menurut beliau, Pakatan Harapan (PH) dan pihak media seharusnya tidak menggunakan sepatah dua kata dari sembang santai beliau pada Isnin (25 Feb) sebagai percubaan untuk memesongkan fakta sebenar.

Astro Awani turut memetik Encik Najib sebagai berkata: "Apapun, perkara pokok yang saya utarakan mengenai isu ini di ceramah berkenaan adalah jelas.

"Apa yang saya utarakan adalah mengenai janji bertulis dalam hitam-putih serta diulang-ulang PH untuk menghapuskan tol patutlah bermaksud tol akan dihapuskan dan bukan sekadar pada masa tengah malam sahaja.

"Ataupun bukanlah dengan alasan baru PH seperti menjenamakan semula 'caj tol' itu kepada nama lain seperti 'caj kesesakan'". 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan