Najib mohon kepada Mahkamah Rayuan untuk jalani tahanan di rumah selepas permohonan ditolak
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Najib Razak memohon kepada Mahkamah Rayuan untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
Peguam mantan perdana menteri Muhammad Farhan Muhammad Shafee mengesahkan rayuan itu dikaitkan dengan kewujudan dakwaan titah tambahan (addendum).
"Notis rayuan telah difailkan pada 9 Julai, dan Mahkamah Rayuan telah menetapkan 7 Oktober untuk pengurusan kes perkara itu," kata peguam itu kepada Malaysiakini pada Selasa (16 Jul).
Najib merayu untuk memaksa pihak berkuasa untuk menguatkuasakan titah tambahan diraja yang didakwa membenarkan beliau menjalani tahanan rumah.
Pada 3 Julai, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib untuk kebenaran meneruskan semakan kehakiman.

Menurut laporan Malaysiakini, hakim Amarjeet Singh memutuskan antara lain bahawa semua afidavit yang mendakwa kewujudan tambahan diraja itu hanyalah khabar angin semata-mata.
Beliau memutuskan afidavit oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail tidak menunjukkan pengetahuan langsung tentang kewujudan titah tambahan itu.
Hakim Amarjeet berkata kedua-dua afidavit sebaliknya hanya memetik Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang mendakwa mengenai kewujudan titah tambahan itu.
Hakim berkata Najib selaku pemohon semakan kehakiman tidak pernah cuba mendapatkan Encik Zafrul untuk mengesahkan kewujudan tambahan itu sejak awal lagi.
Hakim Amarjeet juga memutuskan bahawa dua afidavit Encik Najib sendiri yang menyokong permohonan kebenaran semakan kehakiman itu hanya mengandungi "kenyataan kosong tanpa menyebut sumber dan kepercayaannya tentang kewujudan titah tambahan itu".
Pada 1 April, ketika menjalani hukuman penjara di penjara Kajang atas kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta (S$12 juta), Najib memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman, dipetik daripada Malaysiakini.
Tindakan itu menyasarkan tujuh responden, termasuk kerajaan persekutuan, menteri dalam negeri, peguam negara serta Lembaga Pengampunan bagi Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Mantan ahli parlimen Pekan itu memohon perintah mahkamah untuk memaksa responden mengesahkan dakwaan titah tambahan berkenaan, yang dikatakan dikeluarkan pada hari sama dengan perintah diraja utama pada 29 Jan.
Perintah diraja utama menolak hukuman penjara awal Najib selama 12 tahun dan denda RM210 juta (S$60 juta) kepada enam tahun penjara dan denda RM50 juta (S$14 juta).

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.