Najib mengaku guna bantuan Jho Low bagi projek di China
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: BERNAMA)
PUTRAJAYA: Najib Razak mengaku di Mahkamah Tinggi pada Rabu (15 Jan) beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya Amhari Efendi Nazaruddin meninjau projek berpotensi menjana kekayaan, dalam satu lawatan ke China pada Jun 2016.
Ketika memberi keterangan sebagai saksi pembelaan pertama dalam perbicaraan berkaitan tuduhan menyeleweng RM2.3 bilion (S$700 juta) dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mantan Perdana Menteri Malaysia itu berkata bantuan Jho Low diperlukan kerana lelaki itu mempunyai hubungan baik dengan ahli perniagaan di China.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib bagaimanapun, mempersoalkan tindakan terbabit kerana ketika itu nama ahli perniagaan dalam buruan berkenaan atau nama sebenarnya Low Taek Jho sedang hangat dikatakan telah menyalahgunakan dana 1MDB.
Najib bagaimanapun, bersetuju dengan cadangan Encik Ahmad Akram walaupun Jho Low ketika itu dikenali sebagai seorang penipu, beliau tetap meminta bantuan Jho Low asalkan projek yang ditinjau di China dapat menguntungkan negara.
Ketika ditanya Encik Ahmad Akram tentang projek yang dimaksudkan, Najib menjawab, "Projek ECRL".
Sementara itu, pihak pendakwaan turut mempersoalkan tindakan Najib yang didakwa mengarahkan Amhari ke China bagi misi sulit menyelamatkan 1MDB yang dibelenggu hutang pada 2016.
Encik Ahmad Akram mencadangkan tindakan Amhari ke China diatur oleh Jho Low, dan mendapat restu daripada Najib dalam percubaan terdesak Najib untuk mendapatkan bantuan negara itu dalam menyelesaikan jutaan hutang yang ditanggung 1MDB.
Najib bagaimanapun, menafikan cadangan pendakwaan dan mengatakan ia tindakan tidak masuk akal dan akan mendapat kecaman pada peringkat antarabangsa.
"Tidak mungkin, mustahil. Apakah mekanisme (untuk China menyelamatkan 1MDB)? Mereka (China) membuat infrastruktur, kita membayar mereka. Tiada bukti, kes ditutup," kata Najib.
Jelas Najib, tujuan sebenar Amhari dihantar ke China untuk meninjau dan berjumpa ahli perniagaan yang menjalankan perusahaan milik pemerintah China yang berminat untuk menyertai projek di Malaysia.
Bagaimanapun, Najib gagal menamakan secara khusus ahli perniagaan yang sepatutnya ditemui Amhari semasa lawatan itu dan berkata, "Amhari sepatutnya mendapatkan sendiri nama itu".
Ditanya Encik Ahmad Akram alasan beliau tidak membabitkan pegawai dari Wisma Putra atau Duta Malaysia ke China dalam lawatan itu, Najib berkata ia hanya untuk meninjau kemungkinan projek.
"Ini bukan rasmi, ini baru tinjauan. Kita akan libatkan Wisma Putra sekiranya ia melibatkan polisi luar, tetapi ini berkaitan ekonomi. Kita akan libatkan duta apabila ia menjadi rasmi, iaitu apabila China setuju untuk bekerjasama," kata Najib yang turut menafikan dakwaan Amhari dihantar ke China untuk menjaga kepentingan peribadinya.
Ahmad Akram: "Soalan saya, kenapa Amhari? Bukankah ramai lagi di Jabatan Perdana Menteri dan Wisma Putra yang jauh lebih berpengalaman dalam berurusan dengan negara luar."
Najib: "Saya percaya dia mampu, lagi pun dia ke sana hanya untuk tinjau bukan buat keputusan. Saya perlukan seseorang yang boleh memberi maklum balas dengan cepat."
Pada 30 Okt tahun lepas, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memerintahkan Najib untuk membela diri selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadapnya.
Najib, 71, berdepan 25 pertuduhan,termasuk empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan RM2.3 bilion dana 1MDB sebagai rasuah dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan akan bersambung pada Khamis (16 Jan).

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.