Skip to main content

Dunia

Najib kritik dakwaan Rosmah beli berlian merah jambu

Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengkritik mereka yang mendakwa bahawa isterinya, Rosmah Mansor membeli berlian merah jambu 22 karat berharga AS$27 juta

Anggaran Waktu Membaca:
Najib kritik dakwaan Rosmah beli berlian merah jambu

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dan isteri beliau, Rosmah Mansor. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 10 Apr 2019 11:14AM Dikemas Kini : 10 Apr 2019 11:17AM

SEREMBAN: Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengkritik mereka yang mendakwa bahawa isterinya, Rosmah Mansor membeli berlian merah jambu 22 karat berharga AS$27 juta (S$37 juta) setelah Putrajaya mengesahkan tiada pembelian dibuat.

Timbalan Menteri Kewangan, Amiruddin Hamzah pada Isnin (8 Apr) memberitahu parlimen, ejen jualan berlian merah jambu dan barangan kemas untuk isteri seorang VVIP telah mengisytiharkannya kepada kastam Malaysia.

“Semalam kita dengar pasal VVIP, batu cincin merah jambu selama ini difitnahkan tidak dibeli oleh sesiapa. Terbukti, tetapi semasa pilihan raya ini tubuh badan dan isteri jadi mangsa,” kata Encik Najib semasa berkempen untuk calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Rantau, Mohamad Hassan pada malam Selasa (9 Apr).

Astro Awani melaporkan Encik Najib sebagai berkata, pihaknya sudah memaklumkan ada resit masuk dan keluar Kastam yang membuktikan Cik Rosmah tidak membuat pembelian.

Beliau menambah semasa barangan berharga itu tiba di rumah mereka, Cik Rosmah hanya melihat lalu memulangkan semula kepada penjualnya, lapor Astro Awani.

“Dia percaya Tony Pua, dia kata isteri saya beli berlian berjuta-juta. Padahal dia tidak tahu. Rosmah tengok sahaja dalam pameran, dia ke Singapura dan Hong Kong.

"Dia kebetulan duduk di rumah, tinggal dua minggu dan benda itu sampai. Rosmah tengok dan dia hantar balik. Rosmah tak tahu pun,” jelas Encik Najib lagi.

Astro Awani melaporkan Encik Najib turut mengakui ramai percaya dengan dakwaan berkenaan dan tidak kurang pula yang tampil memohon maaf apabila menyedari perkara itu tidak benar.

“Namun, ramai orang percaya sebab apabila cerita itu keluar dalam Facebook saya tengok berderet-deret orang minta maaf.

"Ada yang kata saya tidak percaya tetapi kawan-kawan saya percaya. Jadi mangsa fitnah. Dahsyat,” tambahnya.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita