Najib kini dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras, dedah Jabatan Penjara
Anggaran Waktu Membaca:
Najib Razak. (Gambar fail: Bernama)
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Najib Razak sedang dirawat dan dipantau lanjut di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) di Kuala Lumpur.
Jabatan Penjara dalam kenyataan hari ini (21 Sep) memaklumkan bahawa pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) merujuk Encik Najib ke HRC pada Isnin lalu.
“Beliau akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara sebaik sahaja pakar perubatan HRC atau HKL memberikan kebenaran,” menurut kenyataan itu.
Jabatan Penjara memaklumkan pada 12 September lalu bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan supaya Encik Najib dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan setelah dimaklumkan keadaan kesihatan beliau tidak memuaskan.
Menurut kenyataan itu, ia selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara dan peruntukan di bawah akta itu serta Peraturan Minimum Standard Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Layanan Terhadap Banduan (Peraturan Mandela).
“Sebagai pihak berkuasa yang melaksanakan tanggungjawab di bawah Akta Penjara, pihak Jabatan Penjara selain melaksanakan hukuman yang dijatuhkan juga bertanggungjawab memastikan tahap kesihatan seseorang banduan sentiasa dipantau dan dijaga.
“Ia termasuk penyediaan kemudahan rawatan dan ubat-ubatan sebagaimana yang disyorkan oleh pegawai perubatan kerajaan,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, Pegawai Khas Encik Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi, dilaporkan mendakwa tekanan darah Najib berada pada tahap tinggi dan berbahaya menyusuli pertukaran ubat yang diberikan untuk merawat masalah ulser di dalam perutnya.
Pada 23 Ogos lalu, Encik Najib dihantar ke Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta (S$65 juta) terhadapnya kerana menyalahgunakan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta (S$13 juta).
Encik Najib, 69 tahun, juga menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion (S$710 juta) daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.