Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib hantar representasi mohon gugur 3 tuduhan kes pengubahan wang haram bernilai RM27 juta

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak sudahpun menghantar surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan tiga lagi pertuduhan kes pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta (S$7.9 juta) yang dihadapinya. 

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi K. Muniandy bahawa surat representasi itu telah dihantar kepada AGC pada 31 Julai lalu dan diterima pada 2 Ogos.

Ini merupakan representasi pertama Najib berhubung kes SRC keduanya.

Encik Mohd Ashrof berkata AGC memerlukan tindakan dalaman untuk mengkaji representasi itu dan pihak pendakwaan memohon tarikh pengurusan kes lain bagi tempoh tiga bulan untuk mendapatkan semua isu yang dibangkitkan peguam dan menyediakan jawapan bertulis untuk representasi tersebut.

“Terdapat beberapa isu berkaitan yang dibangkitkan peguam bela tertuduh, terutamanya selain dokumentasi yang akan dibentangkan dalam perbicaraan ini berbanding dokumen yang telah dikemukakan dalam SRC asal,” katanya.

Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah mengesahkan dokumen setebal 51 muka surat telah dikemukakan kepada AGC.

"Dokumentasi dalam kes ini sama dengan kes terdahulu (kes SRC pertama). Saksi dan dokumen hampir sama,” kata peguam itu.

Hakim Muniandy kemudian menetapkan 1 Dis untuk pengurusan kes itu.

Pada 3 Feb 2019, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta (S$7.9 juta) hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.

Mantan Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan