Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib dirujuk ke Hospital Kajang; prosiding kes rasuah 1MDB terpaksa tamat awal

Anggaran Waktu Membaca:
Najib dirujuk ke Hospital Kajang; prosiding kes rasuah 1MDB terpaksa tamat awal

Mantan PM Malaysia Najib Razak di mahkamah pada 18 Ogos 2022. (Gambar: AFP/Mohd Rasfan)

KUALA LUMPUR: Najib Razak yang hadir di Mahkamah Tinggi pada Isnin (12 Sep) bagi prosiding kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), akan dirujuk ke Hospital Kajang pukul 2.00 petang kerana mengalami masalah kesihatan.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Gopal Sri Ram berkata demikian ketika prosiding kes rasuah dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion (S$715 juta) di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah, lapor Astro Awani.

Encik Sri Ram berkata bahawa mantan Perdana Menteri itu akan dirujuk ke hospital tersebut ekoran ubat baru bagi darah tinggi yang diambilnya menyebabkan kesan teruk.

“Saya dimaklumkan oleh pegawai penjara bahawa ubat tekanan tinggi yang diambil Najib telah berubah."

“Ia memberi kesan buruk dan keadaannya agak teruk, namun Datuk Seri Najib bersedia untuk mengikuti prosiding kes ini sehingga jam 12.30 tengah hari,” kata Encik Sri Ram, menurut Astro Awani.

Menurut Pegawai Khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi dalam satu kenyataan, rawatan yang dijalani oleh Ahli Parlimen Pekan itu pada Sabtu lalu mendapati doktor menemui beberapa ulser baru di dalam perutnya, lapor Astro Awani.

Dalam pada itu, pegawai perubatan menukar ubat-ubatan Najib daripada ubat biasa yang dimakannya selama bertahun-tahun selepas menolak permohonan Najib untuk menjalani pemerhatian di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan