Najib dipanggil SPRM berhubung kes pemasangan tenaga solar
Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (8 Okt), bagi memberi keterangan antaranya dipercayai berkaitan siasatan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.

Encik Najib beri keterangan di SPRM. (Gambar: BERNAMA)
PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (8 Okt), bagi memberi keterangan antaranya dipercayai berkaitan siasatan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.
Kenderaan dinaiki Encik Najib kelihatan masuk ke ibu pejabat tersebut melalui pintu belakang pada kira-kira pukul 9.40 pagi.
Terdahulu, mantan perdana menteri itu menemani isterinya Rosmah Mansor di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi mendengar prosiding sebutan kes.
Pada Oktober lalu, mantan Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid turut dipanggil SPRM bagi memberi keterangan selama lima jam berhubung kes sama.
Sebelum itu, pada 9 Julai, bekas pegawai khas kepada Encik Najib ditahan SPRM sebelum direman enam hari bagi membantu siasatan berkaitan kes yang sama.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.