Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib dijangka hadir perbicaraan 1MDB di Mahkamah Tinggi KL pada 25 Ogos

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Najib Tun Razak, yang kini menjalani hukuman penjara kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta (S$13 juta), dijangka hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis (25 Ogos) bagi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Difahamkan, mahkamah sudah mengeluarkan perintah kepada pihak penjara supaya bekas perdana menteri berusia 69 tahun itu menghadiri prosiding pada Khamis (25 Ogos) di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Prosedur biada dalam kes sedemikian adalah untuk mahkamah mengeluarkan perintah kepada pihak penjara bagi membolehkan banduan hadir pada perbicaraannya bagi kesalahan lain atau sebagai saksi.

Encik Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion (S$716 juta) daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Pada Selasa (23 Ogos), Encik Najib dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta (S$65.3 juta) ke atas Encik Najib kerana menyeleweng dana SRC International berjumlah RM42 juta (S$13 juta).

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan Encik Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Pada 8 Disember 2021, Encik Najib gagal mengetepikan keputusan itu selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan