Najib dibenarkan hadir prosiding rayuan berkait saman terhadap Tommy Thomas
Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana rasuah, dibenarkan hadir ke mahkamah esok (11 Jun) untuk mengikuti prosiding rayuan yang berkaitan dengan samannya terhadap bekas peguam negara Tommy Thomas, kerana didakwa melakukan penyelewengan dalam jawatan awam.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Hakim Kamaludin Md Said, Lim Chong Fong dan Azizul Azmi Adnan membenarkan permohonan ex-parte Encik Najib untuk pihak penjara membawanya ke Mahkamah Rayuan esok bagi mengikuti prosiding mahkamah.
Peguam Encik Najib, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin memberitahu mahkamah bahawa kehadiran mantan Perdana Menteri Malaysia itu ke mahkamah adalah penting bagi membolehkan peguambela mendapat arahan yang sewajarnya daripadanya (Najib) berhubung rayuan itu.
Beliau juga berkata Encik Najib mempunyai hak sebagai seorang yang menfailkan saman itu, untuk menghadiri prosiding di mahkamah esok.
Encik Najib, 69 tahun, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 19 Ogos lalu yang menolak permohonannya untuk menggugurkan dua peguam daripada mewakili Tommy Thomas dalam saman Encik Najib terhadap bekas peguam negara itu.
Encik Najib mendakwa pelantikan Alan Adrian Gomez dan Lai Wei Shiung bagi mewakili Thomas adalah tidak sesuai kerana mereka adalah dari firma yang sama dengan Thomas.
Menurut pernyataan tuntutan dalam samannya, Encik Najib berkata beliau didakwa di mahkamah dalam kes membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), International Petroleum Investment Company, salah guna kuasa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Beliau mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada perbuatan yang dirancang lebih awal oleh Encik Thomas dan selaras dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.
Encik Thomas merupakan peguam negara dari 4 Jun 2018 hingga 28 Feb 2020.
Encik Najib menuntut satu pengisytiharan bahawa Encik Thomas melakukan misfeasans dalam jawatan awam serta menuntut kerugian berjumlah lebih RM1.9 juta (S$554,000) termasuk bayaran rundingan untuk pasukan audit melakukan semakan dokumentasi bagi penyediaan fakta untuk menangani pendakwaan terhadapnya.
Pada 25 November lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Encik Thomas untuk membatalkan saman yang difailkan Najib, dan mantan perdana menteri itu kemudiannya menfailkan notis rayuan pada 22 Disember lalu.
Mahkamah Rayuan menetapkan 4 Oktober untuk mendengar rayuan Encik Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengetepikan samannya terhadap Encik Thomas.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.