Najib dakwa dilibatkan secara palsu dengan perbuatan salah laku Jho Low
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada Khamis (5 Dis) bahawa beliau secara palsu dilibatkan dalam perbuatan salah laku ahli perniagaan yang sedang diburu Low Taek Jho, juga dikenali sebagai Jho Low, berkaitan hal ehwal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib berhujah bahawa dakwaan terhadapnya hanya berdasarkan kehadiran Jho Low di kediamannya dan hubungan mereka dikatakan rapat yang disensasikan, terutamanya memandangkan mantan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi, bekas peguam 1MDB Jasmine Loo dan bekas pengurus perhubungan pelanggan AmBank Joanna Yu, mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan Jho Low.
"Jasmine Loo, Joanna Yu dan Shahrol Azral sendiri telah melawat Jho Low di kediamannya dan pengakuan Shahrol Azral di mahkamah bahawa dia membuat nasi goreng untuk Jho Low… dan jangan lupa Joanna Yu membuat sup untuk Jho Low ketika dia tidak sihat.
"Untuk rekod, saya tidak pernah menyediakan sebarang hidangan untuk Jho Low," katanya semasa membaca daripada jilid pertama kenyataan saksinya setebal 525 muka surat.
Khamis merupakan hari keempat mantan Ahli Parlimen Pekan itu mengambil pendirian membela diri terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan RM2.3 bilion (S$696,205) dana 1MDB sebagai rasuah dan 21 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Najib berkata walaupun beliau tidak menafikan bahawa pada masa tertentu Jho Low hadir di kediamannya di Langgak Duta, adalah penting untuk memahami konteks interaksinya dengan Jho Low pada masa itu.
"Keyakinan saya terhadap Jho Low timbul daripada imej menarik yang ditonjolkannya sebagai individu yang berkebolehan tinggi dan mempunyai banyak hubungan.
"Imej profesionalisme dan kecekapan strategiknya yang dipupuk, digandingkan pula dengan kebolehan memujuk, menjadikan dia seorang yang layak mendapat kepercayaan dan keyakinan," katanya.
Najib berkata pada masa itu beliau tidak mempunyai sebab untuk mempersoalkan niat atau tindakan Jho Low, kerana urusannya dengan ahli perniagaan itu sentiasa berpandukan hanya kepada perkara yang dipercayainya untuk kepentingan Malaysia.
“Bagaimanapun hanya kerana saya mempercayai Jho Low, itu tidak bermakna saya memberinya arahan untuk bertindak sebagai perantara untuk diri saya sendiri dan pengurusan atau pengarah 1MDB, dan tidak bermakna saya memberi kuasa kepadanya untuk membawa resolusi, seperti Special Rights Redeemable Preference Shareholder Resolution (SRR) 1MDB dan Minit Perwakilan (MR) untuk tandatangan saya di kediaman saya di Langgak Duta," kata Najib semasa menyangkal dakwaan yang dibuat oleh Loo semasa memberi keterangan dalam perbicaraan kes tersebut.
Kenyataan Najib adalah sebagai respons kepada kenyataan Loo bahawa Jho Low berada di kediaman Najib di Langgak Duta, dan Loo akan menyerahkan dokumen SSR dan MR kepada Jho Low untuk mendapatkan tandatangan Najib.
Mantan perdana menteri itu mendakwa keterangan Loo itu bertujuan untuk mewujudkan tanggapan bahawa dia dan Jho Low berkonspirasi bersama.
“Saya sebaliknya menjalankan tugas rasmi rutin tanpa syak wasangka, akan menandatangani resolusi yang dibentangkan pegawai saya.
“Saya juga harus menekankan bahawa saya tidak akan menandatangani sebarang resolusi melainkan Lembaga 1MDB telahpun meluluskan melalui Resolusi Pekeliling Pengarah (DCR), dan DCR dilampirkan pada resolusi yang saya diminta untuk meluluskannya,” kata Najib.
Pada 30 Okt, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memerintahkan Najib membela diri atas kesemua 25 tuduhan, memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadapnya pada akhir kesnya.
Perbicaraan bersambung pada Jumaat (6 Dis).

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.