Najib akui RM42 juta dalam akaun peribadi bukan derma dari Saudi
Anggaran Waktu Membaca:
- Najib Razak mengakui di Mahkamah Tinggi bahawa RM42 juta yang diterima ke akaun peribadinya bukan derma dari Arab Saudi.
- Pengakuan dibuat semasa disoal balas oleh peguam SRC International, Kwan Will Sen, dalam saman sivil yang difailkan oleh SRC dan Gandingan Mentari pada 2021.
- Mahkamah sebelum ini telah menolak pembelaan Najib berhubung derma Arab Saudi dan tiada bukti dokumentari menyokong dakwaannya.
- SRC dan Gandingan Mentari menuntut Najib bertanggungjawab atas dana tersebut serta ganti rugi atas penerimaan dana secara tidak jujur dan salah guna kuasa; perbicaraan bersambung pada 23 Januari.
KUALA LUMPUR: Najib Razak pada Khamis (22 Jan) mengakui di Mahkamah Tinggi bahawa wang berjumlah RM42 juta (S$13.36 juta) yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan derma dari Arab Saudi.
Mantan perdana menteri itu membuat pengakuan tersebut ketika disoal balas oleh peguam kepada SRC International Sdn Bhd, Kwan Will Sen, dalam saman sivil RM42 juta yang difailkan terhadapnya oleh SRC dan anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd.
“Pada ketika itu, saya menyangka ia adalah derma dari Arab Saudi,” kata Najib.
Kwan: Pada fikiran anda - jika saya boleh menggunakan perkataan itu - pada ketika ini, adakah RM42 juta itu tidak ada kena-mengena dengan derma Arab Saudi?
Najib: Berdasarkan pengetahuan yang diperoleh kemudian, ya.
Awal sebelum itu, Encik Kwan meminta Najib mengakui bahawa pembelaan beliau berhubung “derma Arab Saudi” sudah ditolak sepenuhnya oleh mahkamah dalam prosiding jenayah berkaitan.
Kwan: Pembelaan anda (derma Arab Saudi) telah ditolak di semua peringkat mahkamah (dalam kes jenayah SRC International). Betul?
Najib: Ya, tetapi saya perlu menjelaskan kerana saya tidak berpeluang memberikan penjelasan penuh di Mahkamah Persekutuan. Sebab itulah dalam prosiding semakan, salah seorang hakim - seorang hakim kanan - bersetuju dengan pendirian kami. Dalam semakan itu, beliau memutuskan bahawa saya tidak mendapat perbicaraan yang adil.
Kwan: Secara keseluruhan, dapatan majoriti mengekalkan kesimpulan bahawa dana tersebut bukan derma Arab Saudi. Adakah betul?
Najib menjawab: “Ya, malangnya begitu.”
Najib turut mengakui bahawa Mahkamah Tinggi, dalam keputusan terbaharu perbicaraan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), memutuskan tiada bukti dokumentari yang menyokong pembelaan beliau berhubung “derma Arab Saudi”.
Saman sivil yang difailkan pada 2021 oleh SRC dan Gandingan Mentari itu menuntut satu pengisytiharan bahawa Najib bertanggungjawab ke atas RM42 juta berkenaan, selain menuntut ganti rugi atas penerimaan dengan pengetahuan, bantuan secara tidak jujur, salah laku dalam jawatan awam serta penyalahgunaan kuasa.
Perbicaraan di hadapan Hakim Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan bersambung pada Jumaat (23 Jan).

Sumber : Bernama/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.