Naim Qassem tegas serangan ke atas Israel demi pertahan wilayah Lubnan, bukan didorong pengaruh luar
Ketua baharu Hezbollah, Naim Qassem berkata pada Rabu (30 Okt) bahawa kumpulan yang disokong Iran itu menyerang Israel bagi mempertahankan wilayah Lubnan, dan bukan disebabkan oleh pengaruh luar.
Anggaran Waktu Membaca:
BEIRUT: Ketua baharu Hezbollah, Naim Qassem berkata pada Rabu (30 Okt) bahawa kumpulan yang disokong Iran itu menyerang Israel bagi mempertahankan wilayah Lubnan, dan bukan disebabkan oleh pengaruh luar.
Dalam ucapan pertamanya yang telah dirakam sebelum ini, Naim Qassem berkata kumpulan itu "tidak menyerang bagi pihak sesiapa".
Beliau juga menambah bahawa Iran "menyokong kumpulan itu tetapi tidak mahukan apa-apa" sebagai balasan.
Beliau menambah bahawa Hezbollah sedang pulih daripada menghadapi beberapa tamparan hebat dari Israel, termasuk pembunuhan ketuanya Hasan Nasrallah, di mana jawatannya telah dipenuhi dan pelan sudah dilakarkan.
Dalam ucapannya, Setiausaha Agung baharu Hezbollah, Naim Qassem berkata kumpulan itu "telah mula mengisi kekosongan, melantik pemimpin baharu dan menyambung semula tugas bagi mengatur semuanya".

Sumber : AFP/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.