Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Naib Presiden UMNO yakin Gabungan Parti Sarawak menang besar pada PRU15

Anggaran Waktu Membaca:

LIMBANG: Naib Presiden UMNO Mahdzir Khalid yakin Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memperolehi kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), berdasarkan prestasi parti itu memperolehi 76 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 lalu.

Encik Mahdzir berkata kemenangan besar pada PRU15 itu nanti akan menyumbang kepada situasi politik yang lebih baik dan kerajaan yang stabil di Malaysia. 

“Kerajaan yang ada mestilah kerajaan yang stabil. Tak mahu empat tahun ada tiga perdana menteri,” kata Menteri Pembangunan Luar Bandar itu pada Ahad (2 Okt). 

Menurut Encik Mahdzir, kestabilan politik amat penting bagi Malaysia untuk memastikan pembangunan dapat terus dilaksanakan di seluruh negara, lebih-lebih lagi untuk masyarakat di luar bandar.

Sebelum itu, Timbalan Premier Amar Awang Tengah Ali Hasan dalam ucapannya menegaskan, GPS perlu menang besar pada PRU akan datang bagi memastikan Sarawak mempunyai suara yang kuat di Parlimen.

Katanya kemenangan yang besar itu bukan sahaja dapat memastikan kestabilan politik negara, tetapi turut penting agar perjuangan mendapatkan kembali hak dan keistimewaan Sarawak, seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dapat diteruskan.

“Ini adalah perjuangan demi masa depan anak cucu kita,” tambahnya.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan