Skip to main content

Dunia

Naib Presiden PKR serah jawapan tunjuk sebab berhubung dakwaan salah laku disiplin

Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin hari ini (29 Jan) menyerahkan surat jawapan tunjuk sebab kepada Lembaga Disiplin parti itu berhubung dakwaan salah laku disiplin. 

Anggaran Waktu Membaca:
Naib Presiden PKR serah jawapan tunjuk sebab berhubung dakwaan salah laku disiplin

Zuraida Kamaruddin. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 29 Jan 2020 08:14PM Dikemas Kini : 29 Jan 2020 08:22PM

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin hari ini (29 Jan) menyerahkan surat jawapan tunjuk sebab kepada Lembaga Disiplin parti itu berhubung dakwaan salah laku disiplin. 

Surat jawapan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Zuraida, Encik Nor Hizwan Ahmad di ibu pejabat PKR pada 12.45 tengah hari tadi (29 Jan).

Menurut Encik Nor Hizwan beliau mewakili Cik Zuraida yang perlu hadir mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini. 

"Pihak kami menerima notis (surat tunjuk sebab) daripada Lembaga Disiplin pada 15 Jan lalu dan pada hari ini, tepat 14 hari untuk menjawab surat berkenaan. 

“Kami perlu teliti soalan yang dikemukakan, oleh itu kami ambil sedikit masa untuk jawab surat berkenaan dan ia ditulis sendiri oleh Zuraida setelah kami teliti pertuduhan itu,” katanya kepada para wartawan selepas selesai menyerahkan surat tunjuk sebab itu.

Encik Nor Hizwan berkata pihak Cik Zuraida kini menyerahkan kepada Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Encik Ahmad Kassim untuk meneliti jawapan tersebut bagi membuat sebarang keputusan. 

Setiausaha Agung PKR Encik Saifuddin Nasution Ismail pada 18 Jan lalu dilaporkan berkata PKR sudah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Cik Zuraida berhubung dakwaan salah laku disiplin.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita