Skip to main content

Dunia

Naib presiden Parlimen Eropah diberkas atas dakwaan terima rasuah daripada negara Teluk

Anggaran Waktu Membaca:
Naib presiden Parlimen Eropah diberkas atas dakwaan terima rasuah daripada negara Teluk

Naib Presiden Parlimen Eropah Eva Kaili berucap semasa upacara penyampaian Anugerah Buku Eropah di Brussels. Polis Belgium memberkas Eva Kaili dan empat lagi suspek berhubung dakwaan rasuah berkisar dengan Piala Dunia 2022 di Qatar, menurut kenyataan pejabat pendakwa pada 9 Dis 2022. (Gambar: AFP/Parlimen Eropah)

BRUSSELS: Naib Presiden Parlimen Eropah digantung khidmatnya atas dakwaan menerima rasuah daripada tuan rumah Piala Dunia Qatar.

Anggota Parlimen Eropah bagi Greece Eva Kaili, dan empat lagi anggota diberkas untuk disoal siasat.

Pihak pendakwa Belgium menyatakan, siasatan itu berhubung kait dengan dakwaan pengubahan wang haram.

Dalam satu kenyataan, kumpulan parti sosialis dan demokrat parlimen Eropah menyatakan, ia bersikap "sifar toleransi" terhadap rasuah dan akan membantu siasatan tersebut.

Polis Belgium merampas wang tunai bernilai €600,000 (S$857,400) dalam 16 operasi di Brussels pada Jumaat (10 Dis).

Para penyiasat mengesyaki, sebuah negara Teluk telah mempengaruhi keputusan ekonomi dan politik Parlimen Eropah sepanjang beberapa bulan menerusi suapan dan pemberian hadiah kepada sebilangan pemimpin kanan.

Sementara itu, seorang jurucakap kerajaan Qatar berkata, pihaknya tidak dimaklumkan tentang sebarang butiran siasatan sambil menambah, sebarang dakwaan salah laku oleh Qatar adalah tidak benar.
Sumber : Agensi berita/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita