Naib Presiden AS Mike Pence terima suntikan vaksin COVID-19
Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence dan isterinya disuntik vaksin COVID-19 secara langsung di televisyen pada Jumaat (18 Dis) dalam satu tayangan umum bagi memberi jaminan kepada penduduk negara itu bahawa vaksin tersebut selamat digunakan.
(Gambar: AP)
WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence dan isterinya disuntik vaksin COVID-19 secara langsung di televisyen pada Jumaat (18 Dis) dalam satu tayangan umum bagi memberi jaminan kepada penduduk negara itu bahawa vaksin tersebut selamat digunakan.
Beliau menyifatkan suntikan vaksin itu sebagai satu "keajaiban perubatan" yang akan dapat mengurangkan penularan pesat COVID-19.
Bakal Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pula dijangka melakukan suntikan itu minggu depan.
Pakar terkemuka penyakit berjangkit Amerika, Dr Anthony Fauci menekankan tentang pentingnya ketelusan mengenai vaksin COVID-19 kerana masih ramai orang sangsi tentang keberkesanannya.
"Buat masa ini, memandangkan suntikan vaksin baru bermula, kita tidak tahu berapa lama imunitinya dapat bertahan.
"Saya berharap ia bertahan lama dan kita tidak perlu melakukannya setiap tahun, mungkin perlu melakukannya lagi sekali-sekala.
"Namun kita perlu jujur kepada orang ramai dan memberitahu mereka tentang pentingnya mendapatkan suntikan itu. Saya percaya kita dapat menamatkan pandemik ini dengan menyuntik sebahagian besar penduduk negara ini dan juga di seluruh dunia," kata Dr Fauci.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.