Naib Presiden AS Mike Pence bantah tindakan guna perlembagaan untuk singkir Trump
Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence dalam sepucuk surat yang diutuskan kepada Speaker Nancy Pelosi, mendesak supaya tidak meneruskan tindakan undang-undang untuk menyingkirkan Presiden Donald Trump kerana berisiko menggugat kestabilan negara.

Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence. (Gambar: AFP/Brendan Smialowski)
WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence dalam sepucuk surat yang diutuskan kepada Speaker Nancy Pelosi, mendesak supaya tidak meneruskan tindakan undang-undang untuk menyingkirkan Presiden Donald Trump kerana berisiko menggugat kestabilan negara.
"Saya gesa anda dan setiap anggota Kongres supaya hindari tindakan yang boleh mencetuskan perpecahan dan menggugat kesabaran.
"Ayuh kita bekerja bersama untuk meredakan keadaan dan menyatukan negara ketika kita sedang melakukan persiapan menjelang pelantikan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat.
“Saya berjanji akan terus melaksanakan peranan saya bersama pentadbiran baru bagi memastikan peralihan kuasa yang teratur," ujar Encik Pence pada Selasa (12 Jan).
Surat berkenaan didedahkan ketika Dewan membahaskan untuk mengadakan pengundian dan Pence menyifatkan tindakan itu boleh mewujudkan duluan terburuk.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.