Naib Presiden AS ketuai delegasi ke Turki untuk mencapai gencatan senjata
Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence akan ke Turki untuk cuba mencapai satu perjanjian genjatan senjata.
Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence. (Gambar: REUTERS/Jason Reed)
WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence akan ke Turki untuk cuba mencapai satu perjanjian genjatan senjata.
Demikian menurut Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang menuntut agar pencerobohan tentera Turki di Syria dihentikan serta-merta.
Serangan tersebut tercetus selepas Encik Trump mengumumkan beliau akan mengundurkan tentera Amerika dari Syria.
Dalam usaha untuk memberi tekanan ke atas Turki, Encik Trump mengumumkan sekatan-sekatan baru terhadap Turki.
Encik Pence akan memimpin delegasi Amerika ke Ankara bersama Setiausaha Negara Mike Pompeo dan Penasihat Keselamatan Negara Robert O'Brien.
Mereka akan bertemu Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Khamis (17 Okt).
Sementara itu, Rusia - kuasa asing utama di Syria - mengarahkan pegawai keselamatannya supaya menghindari pertempuran daripada berlaku antara tentera Syria dengan Turki.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.