Skip to main content

Dunia

Naib Presiden Amerika JD Vance jangka rangka kerja perjanjian TikTok akan dicapai jelang 5 Apr

Naib Presiden Amerika Syarikat JD Vance menjangkakan syarat-syarat perjanjian untuk menyelesaikan pemilikan platform media sosial TikTok akan dapat dicapai menjelang tarikh akhir pada 5 April, menurut dua pegawai Rumah Putih.

Anggaran Waktu Membaca:
Naib Presiden Amerika JD Vance jangka rangka kerja perjanjian TikTok akan dicapai jelang 5 Apr

Naib Presiden Amerika Syarikat JD Vance di Sidang Puncak Tindakan Kecerdasan Buatan di Paris pada 11 Februari 2025. (Gambar: AP/Michel Euler)

Diterbitkan : 15 Mar 2025 06:51AM Dikemas Kini : 15 Mar 2025 07:06AM
WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat JD Vance menjangkakan syarat-syarat perjanjian untuk menyelesaikan pemilikan platform media sosial TikTok akan dapat dicapai menjelang tarikh akhir pada 5 April, menurut dua pegawai Rumah Putih.

Isu TikTok telah dibincangkan sejak undang-undang mewajibkan pemiliknya dari China, ByteDance sama ada menjualnya atas dasar keselamatan negara atau menghadapi larangan berkuat kuasa pada 19 Januari.

Presiden Donald Trump, selepas menyandang semula jawatan itu pada 20 Jan lalu, menandatangani perintah eksekutif yang bertujuan untuk menangguhkan penguatkuasaan undang-undang selama 75 hari.

Encik Trump telah mengarahkan Encik Vance dan penasihat keselamatan negara Michael Waltz bulan lalu untuk menyelia penjualan aplikasi media sosial itu.

Hujung minggu lalu, Encik Trump berkata bahawa pentadbirannya dengan berurusan dengan empat kumpulan berbeza yang berminat terhadap perjanjian tersebut.

"Hampir pasti akan ada perjanjian peringkat tinggi yang saya fikir akan menangani kebimbangan keselamatan negara kita, membolehkan perusahaan TikTok di Amerika," kata Encik Vance semasa temu bual dalam pesawat Air Force Two dengan NBC News, yang pertama kali melaporkan jangkaannya bahawa syarat-syarat perjanjian akan dicapai tidak lama lagi.

Seorang pegawai Rumah Putih berkata usaha tambahan mungkin diperlukan selepas tarikh akhir 5 April untuk memperhalusi perjanjian itu.

TikTok dan ByteDance tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas komen tersebut.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita