Naib Presiden Afghanistan terselamat dari percubaan bunuh
Naib Presiden Afghanistan Abdul Rashid Dostum terselamat daripada satu percubaan hendak membunuhnya pada Sabtu (30 Mac).
Gambar fail Naib Presiden Afghanistan Abdul Rashid Dostum (Gambar: AFP)
KABUL: Naib Presiden Afghanistan Abdul Rashid Dostum terselamat daripada satu percubaan hendak membunuhnya pada Sabtu (30 Mac).
Konvoi kereta beliau diserang hendap semasa dalam perjalanan dari bandar Mazar-i-Sharif ke wilayah Jawzjan di bahagian utara negara itu.
Kumpulan tegar Taliban mengaku melakukan serangan itu.
Inilah kali kedua Encik Dostum terselamat daripada percubaan hendak membunuhnya sejak kembali ke Afghanistan tahun lalu selepas hidup dalam buangan selama lebih setahun di Turki.
Meskipun baru pulang kurang setahun, Encik Dostum masih merupakan seorang tokoh politik yang berpengaruh.
Parti Junbish beliau mendapat sokongan besar dari kaumnya sendiri, Uzbek.
Beliau menyokong Ketua Eksekutif negara itu, Abdullah Abdullah yang bertanding dalam pilihan raya Presiden pada September nanti.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.