Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Naib Pengerusi parti pimpinan mantan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan diberkas

Anggaran Waktu Membaca:
Naib Pengerusi parti pimpinan mantan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan diberkas

Naib Pengerusi parti pimpin mantan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan, Encik Shah Mehmood Qureshi. (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 20 Aug 2023 10:18AM Dikemas Kini : 20 Aug 2023 11:35AM
ISLAMABAD: Naib Pengerusi parti pimpinan mantan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan diberkas Sabtu (19 Ogos).

Menurut jurucakap parti Tehreek-e-Insaf (PTI) ia sebahagian usaha untuk bertindak terhadap parti pembangkang itu.

Pihak berkuasa Pakistan dilapor membuat penangkapan meluas menyasarkan parti PTI sejak kebelakangan ini, dalam usaha melumpuhkan kuasa parti pembangkang itu di akar umbinya.

Encik Shah Mehmood Qureshi yang pernah menjadi Menteri Luar Pakistan di bawah di bawah pentadbiran PM Imran Khan, diberkas di ibu kota Islamabad, sejurus selepas mengadakan sidang media di mana beliau membidas pihak berkuasa kerana melengahkan pilihan raya.

"Beliau ditahan di kediamannya oleh polis Islamabad. Kami tiada lagi butiran lanjut," kata seorang anggota parti PTI yang enggan dikenali, memberitahu agensi berita AFP.

Encik Imran Khan, bekas bintang kriket, dimasukkan ke penjara awal bulan ini sabit kesalahan rasuah selain menghadapi lebih 200 lagi kes sejak disingkirkan sebagai PM melalui satu undi tidak yakin pada April 2022.

Hukuman penjara tiga tahun ke atas Encik Khan bermakna beliau tidak layak untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya Pakistan akan datang.

Namun PM Pakistan yang lalu Shehbaz Sharif dan saudara lelakinya mantan PM Nawaz Sharif akan bertanding dalam pilihan raya kali ini.

PM Shehbaz Sharif telah membubarkan parlimen minggu lalu sebelum satu pemerintahan sementara mengambil alih sehingga pilihan raya diadakan.

Pilihan raya perlu diadakan 90 hari selepas parlimen dibubarkan tetapi ada spekulasi ia mungkin tertangguh sedang pihak berkuasa cuba menstabilkan ekonomi dan keadaan keselamatan di Pakistan.

Pihak berkuasa juga mendakwa perlukan lebih banyak masa untuk menyiapkan sempadan kawasan undi.
Sumber : AGENCIES/AA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan