Nahas udara Washington: Askar terkorban dikenal pasti; data dedah helikopter mungkin terbang terlalu tinggi
Anggaran Waktu Membaca:

Bot polis dan pengawal pantai dilihat berada di pekarangan tempat kejadian di Sungai Potomac pada Sabtu (1 Feb). (Gambar: Jose Luis Magana/AP)
WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat pada Sabtu (1 Feb) mendedahkan nama askar ketiga yang terkorban dalam nahas, yang melibatkan sebuah helikopter Black Hawk yang bertembung dengan sebuah jet penumpang American Airlines, berhampiran Lapangan Terbang Nasional Ronald Reagan Washington minggu ini.
Nahas tersebut meragut nyawa 67 orang secara keseluruhannya.
Askar tersebut dikenal pasti sebagai Kapten Rebecca Lobach dari Durham, North Carolina. Beliau merupakan seorang pegawai penerbangan dalam Tentera sejak 2019 dan ditugaskan ke Batalion Penerbangan ke-12, Fort Belvoir, Virginia.
Pihak tentera sebelum ini enggan mengenal pasti Lobach atas permintaan keluarga mendiang.
Namun, pada Sabtu, pihak tentera menyatakan dalam satu kenyataan bahawa keluarga Lonach telah bersetuju untuk mendedahkan namanya kepada khalayak ramai.
Sementara itu, penyiasat daripada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional telah mengesahkan bahawa pesawat CRJ700 berada pada ketinggian 325 kaki (91 meter), kurang atau lebih 25 kaki, pada saat berlakunya impak itu, jelas pegawai di satu sidang media pada Sabtu.
Maklumat tersebut ialah berdasarkan data yang diperoleh daripada perakam data penerbangan jet itu - "kotak hitam" yang menjejaki pergerakan, kelajuan dan parameter lain pesawat.
Butiran baharu tersebut juga menunjukkan bahawa helikopter tentera tersebut sedang terbang lebih 200 kaki (61 meter), iaitu ketinggian maksimum bagi laluan yang dilalui.
Data awal mendedahkan radar menara kawalan trafik tersebut menunjukkan helikopter itu berada pada ketinggian 200 kaki ketika berlakunya nahas tersebut, sekalipun pegawai berkata maklumat itu belum disahkan.
"Itulah tugas kami, untuk memikirkannya," jelas ahli lembaga NTSB Todd Inman kepada wartawan apabila ditanya apa yang boleh menjelaskan percanggahan dapatan itu.
Encik Inman juga berkata semasa sidang pada Sabtu tersebut bahawa penerbangan latihan helikopter biasanya merangkumi penggunaan gogal penglihatan malam.
"Kami tidak pasti buat masa ini sama ada gogal penglihatan malam itu benar-benar dipakai, bahkan apa tetapannya," katanya. "Siasatan lanjut sepatutnya dapat memberitahu kami jika itu berlaku dan faktor apa yang mungkin menyumbang kepada keseluruhan nahas itu."
Data mengesahkan bahawa pengawal trafik udara telahpun memaklumkan helikopter berkenaan tentang kehadiran CRJ700 kira-kira dua minit sebelum berlakunya nahas itu.
Nama 60 penumpang dan empat anak kapal yang maut di dalam pesawat itu belum didedahkan secara rasminya, meskipun ramai yang telah dikenal pasti melalui keluarga mangsa dan wadah media sosial.
Kakitangan sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan bangkai pesawat berkenaan dari Sungai Potomac, bermula Ahad.
Sebanyak 42 mayat telahpun ditemui setakat ini, menurut jabatan bomba Washington DC pada Sabtu.

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.