Nahas pesawat Shah Alam: Individu kongsi gambar, video mangsa boleh dikenakan tindakan undang-undang
Anggaran Waktu Membaca:

Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di atas jalan raya berdekatan kawasan perumahan di Bandar Elmina, Shah Alam pada Khamis (17 Ogos). (Gambar: BERNAMA)
PUTRAJAYA: Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap individu yang melakukan perkongsian gambar atau video mangsa tragedi nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada Khamis (17 Ogos).
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan hari ini berkata pihak yang melakukan perkongsian boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Perkongsian gambar atau rakaman video mangsa nahas berkenaan bukan sahaja boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa malah melanggar prinsip serta etika yang paling asas,” menurut MCMC yang turut menggesa semua pihak untuk menjaga sensitiviti serta mengelak daripada berkongsi gambar mangsa nahas.
Menzahirkan rasa dukacita dan simpati kepada keluarga mangsa nahas pesawat itu, MCMC berkata semua pihak diminta membuat pertimbangan sewajarnya dengan menurunkan gambar mangsa tragedi dan tidak menyebar atau berkongsi lanjut kandungan berkenaan.

Semalam, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor mengakibatkan 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun maut.
Lapan yang maut adalah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.
Ketika kejadian pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada 2.48 petang.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.