Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Nahas pesawat China Eastern Airlines cemar rekod keselamatan penerbangan China

Anggaran Waktu Membaca:

WASHINGTON :Rekod keselamatan penerbangan China dilaporkan adalah antara yang paling baik di dunia dalam tempoh sedekad lalu.

Berikut adalah antara tragedi nahas pesawat paling dahsyat yang pernah berlaku dalam sejarah penerbangan China.

Tragedi nahas pesawat paling dahsyat yang dialami China adalah pada tahun 1994 apabila sebuah pesawat China Northwest Airlines terhempas, mengorbankan kesemua 160 penumpang dan anak kapal.

Pada 2004, sebuah pesawat China Eastern Airlines terhempas sejurus selepas ia berlepas, meragut nyawa 55 orang.

Itulah nahas terakhir melibatkan syarikat penerbangan tersebut sehinggalah sekarang.

Kali terakhir, China melaporkan tragedi udara adalah pada 2010, apabila sebuah pesawat domestik kendalian Henan Airlines terhempas semasa mendarat.

12 tahun kemudian, semalam (21 Mac), sebuah pesawat Boeing 737-800 yang dikendalikan oleh China Eastern Airlines tiba-tiba menjunam lebih 7,600 meter dalam masa dua minit.

Pesawat Boeing itu telah beroperasi selama hampir tujuh tahun.

Ia merupakan sebahagian daripada siri pesawat komersil yang paling kerap digunakan di dunia.

Ia juga mempunyai rekod keselamatan yang kukuh, dengan ribuan pesawat masih lagi beroperasi.

Tragedi nahas semalam masih disiasat, namun ia mungkin memakan masa beberapa bulan atau bertahun lamanya sebelum punca nahas itu boleh ditentukan secara rasmi.

Sungguhpun demikian, tragedi nahas tersebut meninggalkan kesan besar terhadap syarikat Boeing.

Pesawat-pesawat jenis 737-MAX milik syarikat itu masih digantung operasinya sejak nahas di Indonesia dan Habsyah.

Sumber : Agensi berita/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan