Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Nahas pesawat American Airlines-Black Hawk 'sepatutnya boleh dielak': Trump

Anggaran Waktu Membaca:
Nahas pesawat American Airlines-Black Hawk 'sepatutnya boleh dielak': Trump

(Gambar: Al Drago / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP)

Diterbitkan : 30 Jan 2025 06:22PM Dikemas Kini : 30 Jan 2025 06:25PM
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada awal Khamis (30 Jan) berkata nahas pesawat American Airlines dengan helikopter Black Hawk yang berlaku
berhampiran Lapangan Terbang Nasional Reagan di Washington "sepatutnya boleh dielak," lapor Agensi Anadolu.

"Pesawat itu berada di laluan yang sempurna dan rutin ke lapangan terbang. Helikopter itu pula terbang terus ke arah pesawat untuk jangka masa yang lama. Ia malam yang terang, lampu pesawat juga sedang menyala, lalu mengapa helikopter itu tidak naik atau turun, atau membelok?

"Mengapa menara kawalan tidak beri arahan kepada helikopter tentang apa yang perlu ia lakukan, dan bukannya bertanya sama ada mereka melihat pesawat itu? Ini adalah situasi yang buruk dan seolah-olah sepatutnya boleh dielak," kata Encik Trump di platform media sosial Truth Social.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas berlaku nahas udara antara pesawat penumpang American Airlines dengan sebuah helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika pada Rabu malam.

"Jet penumpang Bombardier CRJ700 milik PSA Airlines melanggar helikopter Sikorsky H-60 ketika ia sedang menghampiri Landasan 33 di Lapangan Terbang Kebangsaan Reagan di Washington kira-kira pukul 9.00 malam waktu tempatan," menurut kenyataan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

Pesawat yang dikendalikan oleh American Airlines itu berlepas dari Wichita, Kansas, menurut FAA.

American Airlines mengesahkan terdapat 60 penumpang dan empat anak kapal di dalam pesawat berkenaan.
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan