Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Nahas pesawat American Airlines-Black Hawk: Sekitar 30 mayat ditemui di Sungai Potomac

Anggaran Waktu Membaca:
Nahas pesawat American Airlines-Black Hawk: Sekitar 30 mayat ditemui di Sungai Potomac

(Gambar: Andrew Harnik / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP)

Diterbitkan : 30 Jan 2025 04:57PM Dikemas Kini : 30 Jan 2025 07:40PM
WASHINGTON: Sekitar 30 mayat dilaporkan ditemui di Sungai Potomac, selepas berlaku nahas antara pesawat penumpang American Airlines dengan helikopter tentera Amerika Black Hawk berhampiran Lapangan Terbang Kebangsaan Ronald Reagan Washington di Washington DC pada Rabu (29 Jan).

Menurut pegawai polis, terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dan sekurang-kurangnya 30 mayat ditemui setakat pukul 6.39 pagi waktu tempatan, lapor CBS News.

Tiada mangsa yang terselamat ditemui setakat ini.

Sebelum ini, CNN melaporkan bahawa pasukan penyelamat belum mengeluarkan sebarang mangsa dari sungai berkenaan dan usaha menyelamat masih diteruskan.

Pesawat PSA Airlines Bombardier CRJ700 itu dilaporkan membawa 60 penumpang dan empat anak kapal, manakala helikopter 'Black Hawk' Sikorsky H-60 milik Tentera Darat Amerika dilaporkan membawa tiga anak kapal apabila kejadian itu berlaku.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Polis Metropolitan menyatakan beberapa agensi sedang menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat di Sungai Potomac.

Ia juga menyatakan tiada maklumat yang disahkan mengenai jumlah kematian setakat ini.
Sumber : Agensi berita/HA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan