Skip to main content

Dunia

Nahas maut di Perak: Pemandu bas akan didakwa atas 16 tuduhan

Pemandu bas yang terlibat dalam nahas yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik pada Isnin (9 Jun) akan didakwa pada Jumaat (13 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Nahas maut di Perak: Pemandu bas akan didakwa atas 16 tuduhan

Anggota polis melakukan kerja-kerja mencari dokumen penting di lokasi kejadian kemalangan ngeri yang meragut 15 nyawa penuntut UPSI. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 12 Jun 2025 11:10PM Dikemas Kini : 12 Jun 2025 11:11PM
IPOH: Pemandu bas yang terlibat dalam nahas yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik pada Isnin (9 Jun) akan didakwa pada Jumaat (13 Jun).

Ketua Polis Perak Noor Hisam Nordin berkata, lelaki berusia 39 tahun itu dijangka didakwa di Mahkamah Majistret Gerik selepas solat Jumaat.

Menurutnya, pemandu bas itu akan didakwa atas 15 tuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan satu pertuduhan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Esok lepas (solat) Jumaat akan didakwa di Mahkamah Majistret Gerik,” katanya ketika dihubungi media.

Terdahulu, Encik Noor Hisam berkata lelaki itu ditahan sekitar pukul 5.45 petang Khamis (12 Jun) selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Menurutnya, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kita menunggu arahan lanjut daripada Pengarah Pendakwaan Negeri sama ada pemandu bas itu boleh didakwa di mahkamah esok atau sebaliknya.
Di pihak polis, kita sudah bersedia," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Lelaki warga tempatan itu sebelum ini menerima rawatan di Hospital Taiping selepas mengalami kecederaan di tangan sejak hari pertama nahas itu berlaku.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 1.00 pagi Isnin, bas yang membawa 42 penumpang dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki empat sekeluarga di di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding.

Kejadian berlaku ketika bas persiaran yang disewa khas itu dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke kampus UPSI di Tanjung Malim selepas tamat cuti Hari Raya Aidiladha.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita