Skip to main content

Dunia

Nahas maut cetus persoalan baharu tentang keselamatan pesiaran helikopter di New York

Anggaran Waktu Membaca:
Nahas maut cetus persoalan baharu tentang keselamatan pesiaran helikopter di New York

Kakitangan kecemasan di lokasi nahas helikopter di Sungai Hudson dekat Manhattan, New York, pada Apr 10, 2025. (Gambar: Reuters/Eduardo Munoz)

Diterbitkan : 12 Apr 2025 06:28PM Dikemas Kini : 12 Apr 2025 06:31PM
NEW YORK: Nahas helikopter pada Khamis (Apr 10) yang meragut enam nyawa – termasuk lima sekeluarga dari Sepanyol dan juruterbangnya, seorang veteran tentera laut, mencetuskan semula kebimbangan terhadap keselamatan penerbangan pesiaran di bandar itu.

Sejak 2005, lima helikopter pesiaran terhempas ke Sungai Hudson dan East River, menyebabkan 20 kematian. Tragedi terbaru ini mengukuhkan gesaan untuk mengehadkan atau melarang penerbangan helikopter pesiaran yang kini mencecah kira-kira 30,000 setahun.

Namun, Datuk Bandar Eric Adams menolak saranan untuk mengenakan larangan tambahan. Beliau berkata helikopter itu penting untuk urusan korporat dan keselamatan bandar.

Siasatan terhadap punca nahas Khamis lalu masih dijalankan. Video rakaman orang awam menunjukkan helikopter Bell 206 itu terbelah di udara lalu terhempas ke dalam sungai selepas ekor dan rotor utamanya tercabut.

Walaupun insiden sebegini berlaku, statistik menunjukkan jumlah kemalangan helikopter pada 2024 adalah yang paling rendah dalam 25 tahun. Pakar menyeru agar pengendali pelancongan helikopter dilengkapi dengan teknologi keselamatan moden seperti sistem amaran terhadap bahaya di kawasan sekeliling.
Sumber : AP/AY/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita