Nahas kereta api Taiwan: Sistem kawalan kelajuan tidak berfungsi
Seorang penyiasat kanan Taiwan berkata sistem kawalan kelajuan tidak berfungsi apabila sebuah kereta api tergelincir di pulau itu kelmarin (21 Okt) meragut nyawa 18 orang dan mencederakan 187 yang lain.
TAIWAN: Seorang penyiasat kanan Taiwan berkata sistem kawalan kelajuan tidak berfungsi apabila sebuah kereta api tergelincir di pulau itu kelmarin (21 Okt) meragut nyawa 18 orang dan mencederakan 187 yang lain.
Namun siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar nahas itu.
Hasil siasatan awal menunjukkan Kereta Api Ekspres Puyama bergerak 140 kilometer sejam semasa berada di selekoh tersebut sedangkan had kelajuan di situ hanyalah 74 kilometer sejam.
Pemandunya dilaporkan mengaku sudah mematikan sistem kawalan kelajuan kereta apinya.
Pentadbir Kereta Api Taiwan berkata pemandu itu sudah ditangkap.
Dia yang kini dirawat di hospital sudah dikenakan ikat jamin lebih AS$16,000 (S$22,000).
Ketua Pentadbir Kereta Api Taiwan, Encik Lu Jie-shen pula sudah menawarkan untuk meletak jawatan tetapi Menteri Pengangkutan menolaknya.
Jumlah 18 kematian di Yilan adalah yang tertinggi dalam nahas kereta api di Taiwan sejak 27 tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.