Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Nahas kereta api Taiwan: Pekerja penyenggaraan landasan berlinang airmata mohon maaf

Nahas kereta api Taiwan: Pekerja penyenggaraan landasan berlinang airmata mohon maaf.

Anggaran Waktu Membaca:
Nahas kereta api Taiwan: Pekerja penyenggaraan landasan berlinang airmata mohon maaf

Lee Yi-hsiang. (Gambar: EBC via AP)

Diterbitkan : 04 Apr 2021 08:56PM Dikemas Kini : 04 Apr 2021 09:00PM

TAIPEI: Seorang pekerja penyenggaraan landasan yang lorinya tergelongsor ke landasan kereta api sehingga menyebabkan nahas kereta api paling dasyat dalam beberapa dekad ini, dengan berlinangan airmata memohon maaf hari ini (4 Apr) dan berkata dia akan memberikan kerjasama dengan penyiasat.

Sekurang-kurangnya 50 orang maut dan lebih 200 cedera dalam nahas yang berlaku di utara Hualien, Taiwan pada Jumaat (2 Apr).

Menurut para penyiasat, kereta api Tarako Express itu melanggar lori yang berada di landasan sebelum ia memasuki terowong yang sempit.

Lori itu tergelongsor ke landasan kereta api dari sebuah tapak yang curam.

Para pendakwa raya sedang meneliti sama ada pemandunya gagal meletakkan kenderaan itu dengan betul atau brek lori itu mengalami kerosakan mekanikal.

Hari ini, pemandu lori itu Lee Yi-Hsiang membuat kenyataan dengan penuh emosi di hadapan puluhan kamera media.

"Saya amat menyesali kejadian yang berlaku dan dengan penuh keikhlasan memohon maaf, katanya dengan nada suara yang bergetar.

"Saya akan memberikan kerjasama dalam siasatan polis dan pendakwa raya untuk mengambil tanggungjawab yang sewajarnya," tambah Lee.

Lee, 49 tahun, adalah sebahagian daripada pasukan yang kerap menjalankan pemeriksaan ke atas landasan kereta api di kawasan pergunungan di timur Taiwan bagi risiko tanah runtuh dan lain-lain.

Lee disoal siasat pada hujung minggu ini dan dibebaskan dengan ikat jamin.

Sedang persoalan demi persoalan timbul tentang betapa saratnya kereta api tersebut dan mengapa tiada pagar dipasang di bahagian landasan tempat kejadian, Menteri Pengangkutan Lin Chia-lung menawarkan unutuk meletak jawatan hari ini.

Namun, ia ditolak oleh pemerintah, yang menyatakan beliau perlu terus menyandang jawatannya sehingga hasil siasatan diperolehi.

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan