Nahas di Sungai Petani: Mahkamah tolak permohonan reman pemandu lori
Mahkamah Majistret di Sungai Petani pada Isnin (8 Jun) menolak permohonan polis untuk mendapatkan perintah reman terhadap pemandu lori yang terbabit dalam nahas yang mengorbankan enam sekeluarga di Kampung Baru Pinang Tunggal di Sungai Petani, pada hujung minggu.
This audio is generated by an AI tool.
Majistret Mohamad Azlan Basri membenarkan lelaki berusia 49 tahun itu dibebaskan pada Isnin selepas dia ditahan sejurus kejadian kemalangan tersebut.
Pada Ahad, Ketua Polis Kedah Adzli Abu Shah memaklumkan lelaki itu ditahan bagi siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau turut memberitahu saringan ujian air kencing lelaki itu didapati negatif dadah manakala semakan mendapati dia mempunyai tujuh saman termasuk empat yang belum diselesaikan.
Encik Adzli turut memberitahu bahawa lelaki itu mempunyai lesen memandu yang sah dan ketika kejadian dia memandu lori terbabit pada kelajuan 60 kilometer sejam.
Dalam kejadian pada 3.50 petang semalam, enam sekeluarga termasuk seorang bayi meninggal dunia manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera parah.
Kesemua mangsa menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 yang bertembung dengan sebuah lori muatan tanah, ketika berada dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Merbok.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.